Saturday, January 10, 2009

Tahap gred mata wang kertas

1)UNCIRCULATED(UNC)

-Sempurna.Mempunyai penjuru yang tajam,tiada kesan lipat.Tiada kepudaran warna.Kertas kukuh dan bersih.

2)ABOUT UNCIRCULATED(AU)
-Kelihatan sempurna.Namun bahagian tengah atau penjurunya terdapat sedikit kesan lipat.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kesan calar.Tiada kepudaran warna.Permukaan bersih.

3)EXTREMELY FINE(EF)
-Maksimum 3 kesan lipatan yang minor,atau 1 kesan calar.Mempunyai penjuru yang tajam.Tiada kepudaran warna.Permukaannya bersih.

4)VERY FINE(VF)
-Terdapat beberapa kesan lipatan.Permukaan sedikit kotor,dan warnanya sedikit pudar.Penjuru mungkin terkoyak,tapi tidak dibahagian sisi.Masih mempunyai penjuru yang tajam.Kertas masih kelihatan keras.

5)FINE(F)
-Terdapat banyak kesan lipat dan calar.Terdapat sedikit kotoran.Sisinya mungkin terkoyak sikit dan terdapat lubang staple atau lubang pin,tapi tidak ditengahnya.Warnanya masih kelihatan tapi tidak terang.

6)VERY GOOD(VG)
-Penjuru koyak dan tidak tajam.Warna pudar.Terdapat lubang-lubang kecil,tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

7)GOOD(G)
-Permukaan koyak,mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat.Terdapat lubang-lubang,tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.Terdapat kesan contengan tulisan.

8)FAIR(FA)
-Permukaan yang lenyai,koyak,kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.

9)POOR(P)
-Permukaan yang lenyai,koyak,kotor dan kepudaran warna.Lubangnya leboh besar.Sebahagian besar daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.Bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape,

1 comment:

Mr. Ash said...

bagus la artikel2 nih..banyak membantu untuk buat hobi baru nih.
dapat gak tambah pengetahuan. Bravo2...memang blog yang bagus untuk pengetahuan.